Friday 25 March 2011

Ulangkaji - Sains Tahun 5

Hari ni Teacher Hana nak buat ulangkaji Sains untuk adik-adik Tahun 5. Tajuknya, "Cara Haiwan Menjaga Telurnya"..

Cuba adik-adik perhatikan Peta Minda yang dibuat oleh Siti Hajar... Terdapat 7 cara kesemuanya iaitu :
>> Atas pokok - burung
>> Sembunyi - siput, penyu, rama2, belalang
>> Celah Kaki - penguin
>> Bawa bersama - ikan (dalam mulut), labah-labah (badan)
>> Telur berlendir - katak, siput babi, ikan
>> Bergulung - ular
>> Cangkerang keras - lipas, ayam, itik
(contoh-contoh haiwan boleh ditambah bila-bila masa sahaja...)

Cuba adik-adik ingatkan ketujuh-tujuh cara haiwan menjaga telur dengan mengingati gambar satu persatu.
Peta Minda dapat membantu adik-adik untuk membuat ulangkaji dengan lebih berkesan !!

Tuesday 1 March 2011

Mengapa Mental Aritmetik - Sempoa ?

Salam Hormat untuk semua ibu bapa.


Apakah kaitan Mental Aritmetik (sempoa) dengan perkembangan minda ??


Anda mesti tertanya-tanya apakah kaitannya Mental Aritmetik dengan pembentukan minda cerdas, seperti lebih fokus... lebih memberi tumpuan.... merangsang imaginasi dan visualisasi....


Mental Artitmetik - sempoa sebenarnya satu kaedah pengiraan yang melibatkan (+, -, x, /) di mana para pelajar akan membayangkan pergerakan manik-manik sempoa bagi menyelesaikan masalah pengiraan tersebut.


Semasa mereka sedang membayangkan manik-manik tersebut, minda mereka hendaklah betul-betul fokus untuk menayangkan visual sempoa sambil mereka mendengar ataupun melihat soalan-soalan yang diberikan.


Terdapat 3 pendekatan yang digunakan semasa membuat latihan Mental Aritmetik :

  1. Lihat Kira - proses ini melatih para pelajar untuk melihat dengan teliti setiap soalan yang diberikan dan cuba untuk menyelesaikannya dalam masa yang ditetapkan.
  2. Dengar Kira - proses ini pula akan melatih minda pelajar agar memberi 100% daya tumpuan dan fokus serta mendengar dengan teliti kerana latihan ini akan dibuat dalam keadaan yang bising.
  3. Congak Diri - para pelajar akan menyelesaikan soalan dengan menggunakan teknik bayangan manik sempoa (pengiraan secara mental). Bagi pelajar yang kurang daya tumpuan dan fokus, ianya tidak dapat dilakukan dalam masa yang ditetapkan. Tetapi dengan latihan yang berterusan, pelajar akan memberikan peningkatan yang positif dari masa ke semasa.
Kesemua proses ini haruslah dilakukan secara konsisten dan berterusan untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan.

Contoh soalan tahap 3 :
45 + 3 + 8 = (10 soalan untuk jangkamasa 3 minit)
~ Tanpa sebarang alat mengira, hanya membayangkan manik-manik sempoa yang divisualisasikan dalam minda. Dan ianya telah terbukti bahawa terdapat pelajar Tahun 1 yang telah menguasai tahap 3 berjaya melakukannya kurang daripada 3 minit !!!

Contoh soalan Tahap 4 :
78 x 6 = (20 soalan untuk jangkamasa 5 minit)
~ Tanpa sebarang alat mengira, hanya membayangkan manik-manik sempoa yang divisualisasikan dalam minda. Dan paling menggembirakan kami terdapat pelajar kami yang dapat menyelesaikannya kurang daripada 2 minit !!

DAN SEMUA INI SANGAT MEMBANTU DALAM SUBJEK MATEMATIK KERANA KEBANYAKAN PELAJAR YANG LEMAH ADALAH BERPUNCA DARIPADA MEMBUAT PENGIRAAN YANG MEMAKAN MASA TERLALU LAMA....