Sunday, 2 October 2011

Pencapaian Pelajar Mental Aritmetik

Salam ceria...


Hari ni Teacher Hana nak kongsi sikit tentang pencapaian pelajar-pelajar Tahap 4 bagi program Metal Aritmetik (Sempoa). Untuk Tahap 4 bagi program Mental Aritmetik, pelajar akan dapat menguasai teknik darab dan bahagi secara "Mental" iaitu pelajar hanya membuat latihan secara congak di dalam minda mereka. Semasa membuat pengiraan, para pelajar akan membayangkan pergerakan manik-manik sempoa kaedah darab dan bahagi yang telah dipelajari pada Tahap 3.


Untuk tahap 4 ini juga, para pelajar harus membuat latihan "Displin Masa" iaitu dengan menyiapkan latihan yang diberikan mengikut had tempoh yang diberikan. Contohnya, bagi soalan darab atau bahagi, had masa bagi 20 soalan adalah 5 minit. Tetapi apa yang membanggakan kami, ramai pelajar telah berjaya mengambil masa kurang daripada 3 minit (secara mental).


Jom kita tengok contoh latihan sebahagian daripada pelajar FunMaths T/C yang telahpun berada di Tahap 4.





Friday, 30 September 2011

CONTOH JAWAPAN PETA MINDA

Salam semua...

Hari ni Teacher Hana nak upload contoh Peta Minda untuk adik-adik yang dah dapat nota percuma....
(sesiapa yang belum dapat, harap 'pm' Teacher Hana di facebook...)

Tahun : 4
Tajuk : Materials Around Us

Pastikan adik-adik :

  • Warnakan dengan betul
  • Isikan seberapa banyak contoh/maklumat yang ada (cari jawapan dalam buku rujukan atau buku teks)
  • Simpan elok-elok atau tampalkan pada dinding
(Boleh dijadikan nota, bahan ulangkaji atau bahan rujukan untuk membuat latihan)

** Nak dapatkan info-info atau cara belajar berkesan, jadilah rakan kami di facebook, okay ! Selamat Mencuba **


Wednesday, 28 September 2011

Kelas Percubaan Peta Minda secara PERCUMA !!!

Assalamualaikum...


Kami di FunMaths T/C ingin menyampaikan satu BERITA BAIK untuk para pelajar Tahun 1 ~ 5. Kami ingin menjemput anak-anak dalam lingkungan tersebut untuk hadir ke kelas percubaan yang dibuat secara PERCUMA !!


Kelas ini akan berlangsung sepanjang OKTOBER 2011 SAHAJA dan setiap pelajar akan diberikan DUA (2) sessi secara PERCUMA selagi ada kekosongan...


Jika ada ibu bapa yang sedang merancang untuk mencari pusat tuisyen untuk anak-anak bagi sessi 2012, anak anda digalakkan untuk menghadiri kelas PERCUMA untuk menilai keberkesanan modul yang digunakan kepada mereka sebelum membuat sebarang keputusan...


Dengan itu, kami ingin menjemput sekali lagi kepada semua yang tinggal berdekatan Kota Bharu dan Bachok untuk sama-sama menghadiri kelas ini, tiada sebarang bayaran dikenakan... 


Bagi sesiapa yang berminat, sila datang ke pejabat untuk mendapatkan jadual... Tempat adalah TERHAD !! Siapa Cepat Dia Dapat .... :))


Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hubungi 012-9392508 (Teacher Hana).

PROGRAM BAGI CALON UPSR 2012

(Klik pada gambar untuk besarkan)


Ikuti program yang dirangka khas untuk calon UPSR 2012 :

  • Program Bimbingan Matematik UPSR
    • Bimbingan Matematik adalah kelas khas subjek Matematik khusus bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR.
    • Program latihan adalah mengikut kelemahan pelajar secara INDIVIDU.
    • Program ini lebih berfokuskan teknik menjawab serta bagaimana untuk menepati skema pemarkahan bagi peperiksaan UPSR

  • Program Peta Minda Sains UPSR
    • Program Peta Minda Sains UPSR ini khusus bagi pelajar Pra-UPSR.
    • Program ini memfokuskan kepada membuat nota Sains (amat efektif) menggunakan teknik Peta Minda.
    • Selain daripada membuat Peta Minda, pelajar juga didedahkan kepada cara menghafal serta mengingati fakta-fakta Sains merangkumi silibus Tahun 4, 5 dan 6.
    • Pelajar digalakkan untuk menghabiskan nota semasa cuti sekolah.
Para pelajar digalakkan untuk mengikuti kursus ini seawal mungkin sebagai persediaan awal kerana jadual pelajar Tahun 6 kebiasaannya begitu padat

KURSUS UNTUK LEPASAN UPSR

Tingkatkan KEMAHIRAN anak anda dengan mengikuti KURSUS-KURSUS kemahiran JANGKA PENDEK di pusat tuisyen kami... Sekaranglah masanya untuk anda bekalkan dengan PELBAGAI KEMAHIRAN bagi kesan yang POSITIF untuk JANGKA MASA PANJANG.


KURSUS YANG DITAWARKAN

  1. Kursus Asas Kemahiran Sempoa (Abacus) ~ pelajari teknik menggunakan sempoa bagi menyelesaikan masalah aritmetik. 
  2. Kursus Nota Kreatif Peta Minda (Mind-Mapping) ~ pelajari langkah demi langkah teknik membuat nota kreatif dan berkesan dengan Peta Minda. Persediaan yang sangat berguna untuk melangkah ke peringkat Menengah.
JIMAT DAN BERBALOI... MASA YANG FLEKSIBEL MENGIKUT KESESUAIAN DAN KELAPANGAN PELAJAR....
HANYA BAYAR YURAN UNTUK 16 SESSI DAN BOLEH HABISKAN BILA-BILA MASA DALAM TEMPOH 3 BULAN (OKTOBER ~ DISMBER)..


Thursday, 23 June 2011

Mental Aritmetik Tidak Berkesan??

Kami percaya bahawa ada segelintir pihak yang mempersoalkan keberkesanan Mental Aritmetik...


Di sini, kami ingin menegaskan bahawa mana-mana program perkembangan minda tidak mampu menunjukkan hasil yang memberangsangkan dalam masa yang singkat... Seperti juga program Mental Aritemtik, untuk mendapat hasil yang memberangsangkan... ianya menuntut kesabaran dan kegigihan serta displin yang tinggi...


Mengapa tidak berjaya ???

  • Tidak cukup latihan ~ kebiasaannya melibatkan pelajar yang SERING tidak menyiapkan latihan yang diberikan....
  • Tidak konsisten ~ sering bercuti dan TIDAK HADIR ke kelas seperti yang telah dijadualkan...
  • Tidak sabar ~ mengharapkan peningkatan dalam masa yang SINGKAT.



Kami di FunMaths T/C akan cuba sedaya yang termampu untuk membimbing setiap daripada pelajar kami... InsyaAllah...

Friday, 25 March 2011

Ulangkaji - Sains Tahun 5

Hari ni Teacher Hana nak buat ulangkaji Sains untuk adik-adik Tahun 5. Tajuknya, "Cara Haiwan Menjaga Telurnya"..

Cuba adik-adik perhatikan Peta Minda yang dibuat oleh Siti Hajar... Terdapat 7 cara kesemuanya iaitu :
>> Atas pokok - burung
>> Sembunyi - siput, penyu, rama2, belalang
>> Celah Kaki - penguin
>> Bawa bersama - ikan (dalam mulut), labah-labah (badan)
>> Telur berlendir - katak, siput babi, ikan
>> Bergulung - ular
>> Cangkerang keras - lipas, ayam, itik
(contoh-contoh haiwan boleh ditambah bila-bila masa sahaja...)

Cuba adik-adik ingatkan ketujuh-tujuh cara haiwan menjaga telur dengan mengingati gambar satu persatu.
Peta Minda dapat membantu adik-adik untuk membuat ulangkaji dengan lebih berkesan !!

Tuesday, 1 March 2011

Mengapa Mental Aritmetik - Sempoa ?

Salam Hormat untuk semua ibu bapa.


Apakah kaitan Mental Aritmetik (sempoa) dengan perkembangan minda ??


Anda mesti tertanya-tanya apakah kaitannya Mental Aritmetik dengan pembentukan minda cerdas, seperti lebih fokus... lebih memberi tumpuan.... merangsang imaginasi dan visualisasi....


Mental Artitmetik - sempoa sebenarnya satu kaedah pengiraan yang melibatkan (+, -, x, /) di mana para pelajar akan membayangkan pergerakan manik-manik sempoa bagi menyelesaikan masalah pengiraan tersebut.


Semasa mereka sedang membayangkan manik-manik tersebut, minda mereka hendaklah betul-betul fokus untuk menayangkan visual sempoa sambil mereka mendengar ataupun melihat soalan-soalan yang diberikan.


Terdapat 3 pendekatan yang digunakan semasa membuat latihan Mental Aritmetik :

  1. Lihat Kira - proses ini melatih para pelajar untuk melihat dengan teliti setiap soalan yang diberikan dan cuba untuk menyelesaikannya dalam masa yang ditetapkan.
  2. Dengar Kira - proses ini pula akan melatih minda pelajar agar memberi 100% daya tumpuan dan fokus serta mendengar dengan teliti kerana latihan ini akan dibuat dalam keadaan yang bising.
  3. Congak Diri - para pelajar akan menyelesaikan soalan dengan menggunakan teknik bayangan manik sempoa (pengiraan secara mental). Bagi pelajar yang kurang daya tumpuan dan fokus, ianya tidak dapat dilakukan dalam masa yang ditetapkan. Tetapi dengan latihan yang berterusan, pelajar akan memberikan peningkatan yang positif dari masa ke semasa.
Kesemua proses ini haruslah dilakukan secara konsisten dan berterusan untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan.

Contoh soalan tahap 3 :
45 + 3 + 8 = (10 soalan untuk jangkamasa 3 minit)
~ Tanpa sebarang alat mengira, hanya membayangkan manik-manik sempoa yang divisualisasikan dalam minda. Dan ianya telah terbukti bahawa terdapat pelajar Tahun 1 yang telah menguasai tahap 3 berjaya melakukannya kurang daripada 3 minit !!!

Contoh soalan Tahap 4 :
78 x 6 = (20 soalan untuk jangkamasa 5 minit)
~ Tanpa sebarang alat mengira, hanya membayangkan manik-manik sempoa yang divisualisasikan dalam minda. Dan paling menggembirakan kami terdapat pelajar kami yang dapat menyelesaikannya kurang daripada 2 minit !!

DAN SEMUA INI SANGAT MEMBANTU DALAM SUBJEK MATEMATIK KERANA KEBANYAKAN PELAJAR YANG LEMAH ADALAH BERPUNCA DARIPADA MEMBUAT PENGIRAAN YANG MEMAKAN MASA TERLALU LAMA....

Saturday, 15 January 2011

Kelebihan Belajar Secara Peta Minda

Selain daripada Mental Aritmetik, kami di FunMaths T/C cub meneroka pelbagai kaedah pembelajaran yang dapat dimanfaatkan oleh anak didikan kami untuk jangka masa panjang dan bukan hanya sekadar mendapat A pada sijil mereka.


Program terbaru kami adalah Sains@Peta Minda di mana para pelajar akan mempelajari subjek Sains silibus sekolah dengan menggunakan modul dan Peta Minda dalam membantu mereka membuat nota. Kebiasaannya teknik ini diajar di sesetengah peringkat sekolah menengah dalam subjek Sejarah, Geografi, Pendidikan Agama Islam dan lain-lain subjek.... Dan kaedah ini terbukti amat berkesan dan menjimatkan masa serta pelajar lebih memahami dan mengingati fakta-fakta yang telah dimodulkan.


Di FunMaths T/C, kami cuba dedahkan pendekatan ini lebih awal agar dapat menanamkan minat para pelajar terhadap subjek Sains.... Objektif utama kami adalah ingin mendedahkan para pelajar kepada "Teknik Belajar Berkesan dan Efektif". Dan dengan kaedah yang berkesan ini, kami berharap agar para pelajar kami lebih "berilmu dan bermaklumat" dan bukan hanya hebat menjawab soalan peperiksaan....

Saturday, 1 January 2011

Selamat Datang

Salam Ceria...
Jom tambah ilmu bersama Teacher Hana...