PROGRAM



SEMUA PROGRAM TUISYEN UNTUK SESSI 2012 AKAN BERMULA PADA NOVEMBER 2011... BANYAK AKTIVITI BERMANFAAT YANG MENARIK DAN MENYERONOKKAN YANG DISEDIAKAN SEPANJANG CUTI SEKOLAH !!




PROGRAM BIMBINGAN BIJAK BELAJAR
Pakej Bimbingan Bijak Belajar adalah kelas bimbingan khas mengulangkaji 5 subjek teras mengikut silibus sekolah. Pakej ini telah termasuk kaedah Bijak Belajar secara "Mental Aritmetik" dan "Peta Minda". Bimbingan ini lebih menekankan kaedah belajar secara "Smart Learning" agar pelajar dapat menguasai pelajaran untuk jangka masa panjang, bukan hanya untuk menjawab peperiksaan semata-mata.


Kumpulan Sasaran
Tahun 1 ~ Tahun 5


Merangkumi Subjek Teras
Matematik, Sains, Pemahaman, Penulisan & English


Masa Pembelajaran
5 jam Seminggu (Pilihan 1)
6 jam Seminggu (Pilihan 2)


Yuran Bulanan
RM120 (Pilihan 1)
RM140 (Pilihan 2)






MENTAL ARITMETIK (MATEMATIK)
Program Mental Aritmetik (Matematik) ini adalah satu program direka khusus bagi membentuk minda cerdas. Selain daripada kemahiran sempoa, pelajar akan menguasai satu teknik mengira yang amat berkesan. Matlamat utama program ini adalah untuk mencungkil kecerdasan minda dalam merangsang daya tumpuan, pendengaran teliti, pengamatan, displin masa dan juga dapat menambah keyakinan diri di samping cekap dalam subjek Matematik.


Kumpulan Sasaran
Tadika (5-6 tahun)
Pelajar Sek. Rendah (7-11 tahun)


Masa Pembelajaran
3 jam seminggu (Peringkat 1 ~ 3)
2 jam seminggu (Peringkat 4)


Yuran Bulanan
RM80 (Peringkat 1 ~ 3)
RM60 (Peringkat 4)






MATEMATIK UPSR
Bimbingan Matematik adalah kelas khas subjek Matematik khusus bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Program latihan adalah mengikut kelemahan pelajar secara individu. Program ini lebih berfokuskan latih tubi dan membiasakan pelajar dengan format peperiksaan sebenar. Pelajar juga didedahkan teknik menjawab serta bagaimana untuk menepati skema pemarkahan bagi peperiksaan UPSR.


Kumpulan Sasaran
Calon UPSR


Merangkumi Subjek
Matematik


Masa Pembelajaran
2 jam seminggu (1 sessi)
4 jam seminggu (2 sessi)


Yuran Bulanan
RM60 (1 sessi)
RM100 (2 sessi)






PETA MINDA ~ SAINS UPSR
Program Peta Minda Sains UPSR ini khusus bagi calon UPSR. Program ini memfokuskan kepada membuat nota Sains menggunakan teknik Peta Minda. Program ini terbahagi kepada 3 peringkat :
  • Peringkat 1 ~ pelajar akan menyiapkan kesemua nota-nota penting merangkumi Tahun 4,5 & 6.
  • Peringkat 2 ~ kelas ulangkaji topikal menggunakan nota-nota yang telah disiapkan pada Peringkat 1.
  • Peringkat 3 ~ kelas latih-tubi soalan-soalan format UPSR.
(Pelajar digalakkan untuk memulakan kelas pada bulan November untuk mengikuti jadual penuh pembelajaran)

Kumpulan Sasaran
Calon UPSR

Merangkumi Subjek
Sains & Peta Minda

Masa Pembelajaran
2 jam seminggu

Yuran Bulanan
RM60



BENGKEL ASAS PETA MINDA
Bengkel asas Peta Minda adalah kursus jangka pendek yang bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada teknik dan kelebihan Peta Minda sebagai salah satu medium pembelajaran yang berkesan bagi meningkatkan keupayaan minda pelajar. Para pelajar akan mempelajari tiga teknik asas Peta Minda iaitu dalam subjek Sains, Pengetahuan Am dan Penjanaan Idea (Brain Storming). Kesinambungan terhadap program ini, para peserta boleh membuat latihan sendiri dengan membeli modul-modul latihan yang dijual di FunMaths T/C ataupun mengikuti bengkel-bengkel jangka pendek seterusnya.

Kumpulan Sasaran
Pelajar Sek. Ren & Lepasan UPSR

Masa Pembelajaran
2 jam @ 16 sessi

Yuran Kursus
RM180



BENGKEL KEMAHIRAN SEMPOA
Para peserta kursus jangka pendek ini akan diajar asas kemahiran menggunakan sempoa (abacus). Peserta akan dapat menambah satu lagi kemahiran secara peribadi. Pelajari kemahiran sempoa dan terokai keajaiban minda....

Kumpulan Sasaran
Lepasan UPSR

Masa Pembelajaran
2 jam @ 16 sessi ++

Yuran Kursus
RM180