Program Mental Aritmetik adalah satu program yang direka khusus bagi membentuk MINDA CERDAS.
** MENGIKIS PERASAAN FOBIA TERHADAP MATEMATIK **
** Pengiraan aritmetik merupakan operasi asas yang akan menentukan kecekapan seseorang pelajar dalam Matematik
** Penguasaan operasi ( +, -, x, / ) sejak kecil akan meningkatkan minat pelajar terhadap matematik. Perasaan tidak gemar atau takut terhadap matematik tidak lagi wujud
## Pembelajaran Matematik menggunakan keupayaan imaginasi dan penafsiran semula imej daripada otak (minda) untuk menterjemahkan proses pergerakan manik-manik sempoa kepada pengiraan dalam minda
## Semasa membuat pengiraan, pelajar perlu mengingat nombor, membayangkan keadaan sempoa, menjalankan simulasi untuk pergerakan manik sempoa dan seterusnya menggambarkan keadaan sempoa dengan serentak
## Melalui kaedah sempoa ini, otak kanan dan kiri akan digunakan secara serentak. Pakar perubatan berpendapat, penggunaan kedua-dua bahagian otak secara serentak merupakan kunci emas untuk mencetus keintelektualan minda
KELEBIHAN MENTAL ARITMETIK
- Berkebolehan mengira dengan PANTAS dan CEPAT
- Mencungkil KECERDASAN MINDA dalam merangsang daya tumpuan, pendengaran teliti, penglihatan dan displin masa
- Menambah KEYAKINAN DIRI disamping cekap dalam subjek Matematik
- Meningkatkan KECERGASAN REAKSI terhadap sesuatu, mudah mengikuti dan memahami pembelajaran guru
- Meningkatkan kemahiran KREATIF dan IMAGINATIF
- Meningkatkan kemahiran ANALISIS dan LOGIKAL
- Keupayaan PEMERHATIAN yang lebih tajam