PETA MINDA (MIND-MAPPING) ~ ALTERNATIF TERBAIK
## Suatu pendekatan yang terbaik dalam membentuk strategi pembelajaran yang berkesan kerana merangsang fungsi otak dan memudahkan pemahaman.
## Teknik yang digunakan untuk meningkatkan daya ingatan melalui penggunaan otak disebelah kanan.
** 3 TEKNIK ASAS YANG AKAN DIPELAJARI **
- SAINS ~ Membuat nota, memahami konsep dan mengingati fakta
- PENJANAAN IDEA KREATIF ~ Menjana idea kreatif (Penulisan & Writing)
- PENGETAHUAN AM ~ Mengupas dfakta-fakta umum
** MANFAAT YANG AKAN DIPEROLEHI
- Dalam Pembelajaran
- Membantu pelajar mengulangkaji dengan lebih berkesan kerana minda kita lebih tertarik dengan SIMBOL, GAMBAR dan WARNA berbanding dengan nota biasa.
- Dalam Menghafal
- Memudahkan pelajar mengingat fakta setelah mindanya dipetakan. Menambah keupayaan dan kapasiti daya ingatan.
- Dalam Berfikir
- Idea lebih FLEKSIBEL, KREATIF dan MENARIK, idea mudah dikembangkan
- Dalam Pandangan Keseluruhan
- Dapat melihat keseluruhan bab dengan jelas. Dapat memahami segala fakta yang berkaitan. Berupaya mengulangkaji pelajaran dengan pantas kerana ideanya ringkas, padat dan penuh makna yang nyata dan tersirat.
** KELEBIHAN-KELEBIHAN LAIN
- Peta Minda boleh menghubungkan fungsi otak kiri dan kanan bagi meningkatkan keupayaan minda sebenar.
- Meningkatkan kemahiran belajar, Peta Minda berfungsi seirama dengan ciri -ciri semulajadi otak (linear, menyeluruh, menghubungkait, membanding dan menganalisis)
- Menjimatkan masa : penggunaan kata kunci sahaja.