Siapakah yang layak mengikuti program ini ?
- Program ini dirangka khas untuk pelajar-pelajar peringkat sekolah rendah serta lepasan UPSR.
Adakah program ini sama seperti kelas-kelas tuisyen biasa ?
- Program Bimbingan Peta Minda tidak seperti kelas bimbingan tuisyen biasa. Keistimewaan program ini adalah kerana kami menggunakan pendekatan kaedah "Mind-Mapping" sebagai medium utama dalam penyampaian ilmu kepada anak didik kami. Ini adalah kerana "Peta Minda" terbukti amat efektif dalam tindakbalas otak terhadap cara kita berfikir dan mengingati fakta terutamanya subjek Sains.
Adakah program ini mensasarkan kepada mana-mana tahap pelajar ?
- InsyaAllah, program ini amat sesuai untuk semua peringkat dan tahap pemikiran pelajar kerana "Peta Minda" itu sendiri berfungsi mengikut kemampuan pelajar. Ini adalah kerana Peta Minda mampu diterjemahkan dalam pelbagai bentuk pembelajaran sama ada nota atau latihan. Justeru, kami yakin setiap pelajar yang mengikuti program ini akan mendapat manfaat daripadanya.
Bagaimana jika pelajar yang ingin mengikuti program ini tiada asas langsung dengan kaedah yang digunakan?
- Tidak perlu risau kerana setiap pelajar akan dibimbing langkah demi langkah dari masa ke semasa.
Adakah program ini mengikut silibus sekolah ?
- Ya, sudah tentu... Nota dan latihan adalah mengikut sukatan pelajaran yang terkini.
Apakah kelebihan program ini ?
- Program ini menggabungkan kaedah pembelajaran secara "input learning" (nota kefahaman / ulangkaji) dan juga "ouptut learning" (latih tubi). Program pembelajaran ini juga lengkap dan bersepadu kerana secara tidak langsung pelajar didedahkan dengan pelbagai kemahiran bagi meningkatkan keupayaan minda dan ianya bukan sekadar teknik menjawab soalan semata-mata.
Apakah manfaat lain yang diperolehi daripada kaedah Peta Minda ini ?
- Selain daripada kelebihan membuat nota, Peta Minda amat efektif dijadikan sebagai medium untuk merangsang kreativiti minda terutamanya dalam penjanaan idea. Ini amat berguna untuk subjek Penulisan & "English Writing".
Adakah sesuai bagi pelajar yang akan memasuki Tahun 1 untuk mengikuti program ini ?
- Perlu ditegaskan bahawa Program Pembelajaran Peta Minda ini adalah satu program "kemahiran belajar" yang bertujuan untuk memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran. Program ini juga dirangka khas mengikut umur dan tahap pelajar. Untuk pelajar Tahun 1, pengisiannya adalah lebih cenderung kepada program peralihan daripada peringkat Tadika ke alam persekolahan.